Perihal promosi:

Jenis promosi : Ganjaran pencapaian jualan peribadi

Tempoh promosi : 1 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012

Huraian promosi :

Setiap pencapaian jualan peribadi* RM300,000.00 akan diganjar dengan satu (1) unit Samsung GALAXY Tab 10.1″ tanpa had.
Promosi ini dibuka kepada semua pelanggan atau Dealer baru dan sedia ada.
Tempoh pengiraan jualan adalah berdasarkan tempoh promosi ternyata di atas.

Terma kelayakan** :

Pesanan atau pembelian mestilah dibuat dalam tempoh promosi ternyata di atas.
Pembelian melalui E.P.P TIDAK diambil-kira atau layak untuk pengiraan promosi ini.
Hanya pesanan atau pembelian sah*** sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan ganjaran jualan peribadi ternyata di atas.
Jika terdapat sebarang pembatalan pesanan atau pembelian seseorang itu akan dibatal kelayakannya untuk promosi ini.

Penafian Tuntutan:
1. Bahagian pengurusan Public Gold memegang hak untuk membuat keputusan muktamad jika terdapat sebarang pertikaian atau perselisihan pendapat berlaku.
2. Bahagian pengurusan Public Gold berhak membuat sebarang perubahan untuk promosi ini dari semasa ke semasa tanpa notis dahulu.

*Jualan peribadi didefinasi sebagai pembelian peribadi serta hasil belian pertama merekrut Dealership baru.
** Sebarang terma tersenarai diatas yang gagal dipenuhi akan membawa kepada pembatalan kelayakan dalam promosi ini.
*** Pesanan atau pembelian sah bermaksud pesanan atau pembelian yang dibayar penuh dalam tempoh yang ditetapkan.

Rahsia Emas Terbongkar

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Tahun 2011 sudah hampir berlalu dan banyak pengalaman baru yang saya lalui dalam perniagaan dan kegagalan dalam perniagaan….

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti
  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!
  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagaimana kita bangun selepas kegagalan.

Rahsia Emas Terbongkar

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Tahukah anda, di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran adan dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar, ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.

Rahsia Emas Terbongkar

[seterusnya...]

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Motivasi : Yakin Pada Diri Sendiri !

by azhar on September 24, 2011

Lagu yang sering bermain di fikiran saya sejak dulu sehingga kini adalah berbunyi :

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dapat anda capai ! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…anda tidak perlu menyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu menyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam menyakinkan orang ramai….anda perlu menunjukkan bahawa cita-cita anda tercapai. Itu sahaja yang akan menyakinkan orang ramai.

Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan anda ? Mainkan lagi diatas berpuluh-puluh kali di dalam kepada anda !

Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “SAYA BOLEH ! “

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Rahsia Emas Terbongkar

2 comments

Matlamat kewangan anda akan membantu menentukan dari mana punca pendapatan anda dan untuk apa ia akan dibelanjakan.

Semasa menetapkan matlamat kewangan, sila pertimbangkan apa yang menjadi nilai dan kepercayaan dalam hidup anda. Adalah sukar untuk menetapkan matlamat kewangan yang memenuhi kehendak anda tanpa mengetahui apa yang betul-betul penting buat diri anda. Dengan memahami nilai dan kepercayaan anda, barulah mudah untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai.

Tulis matlamat kewangan anda. Tidaklah memadai dengan hanya mempunyai matlamat tersebut dalam fikiran sahaja. Kemungkinan besar anda terlupa atau secara tidak sedar mengubahnya. Dengan menulis matlamat kewangan tersebut, anda boleh meningkatkan peluang untuk mencapainya.

Apabila menulis matlamat tersebut, jadikannya seberapa khusus yang boleh. Apa gunanya menulis “Matlamat saya adalah untuk mempunyai banyak wang di bank”. Apakah yang dimaksudkan dengan “banyak wang” ? Adakah jumlah itu RM10,000 atau RM100,000 atau RM1,000,000 ? Buatlah matlamat yang khusus dan tulis matlamat dalam jangka masa yang boleh diukur. Himpunkan matlamat anda kepada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Pendapat anda ?

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Rahsia Emas Terbongkar

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Perniagaan : Slogan Perniagaan Anda

by azhar on September 12, 2011

Selain daripada logo perniagaan, slogan perniagaan juga bertindak menjenamakan perniagaan anda !

Slogan adalah kata-kata yang memberikan gambaran perniagaan anda. Kebiasaannya, slogan terdiri daripada beberapa patah perkataan sahaja.

Slogan terbaik adalah slogan yang dapat membezakan perniagaan anda dengan perniagaan pesaing-pesaing anda. Slogan juga perlu “straight to the point” dan memberikan impak kepada pembaca iaitu bakal pelanggan.

Slogan terbaik ialah slogan yang unik dan dapat menarik minat orang ramai menggunakan produk dan perkhidmatan anda.

Pendapat Anda ?

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Rahsia Emas Terbongkar

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Kewangan Anda : Kuasa Faedah Kompaun

by azhar on September 6, 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi satu teknik kewangan iaitu Kuasa Faedah Kompaun. Berapa pentingkah untuk menyimpan wang bagi tabungan sekarang, jika dibandingkan pada hari kemudian ?

Sebagai contoh, jika Kamal, Yazid dan Anuar. Setiap daripada mereka melabur jumlah wang yang sama secara konsisten, iaitu RM 3,000, dengan pulangan yang sama sebanyak 10% setiap tahun. Bagaimanapun, mereka memulakan pelaburan pada usia yang berbeza-beza. Kamal pada usia 18 tahun, Siti pada usia 22 tahun sementara Zainal pada usia 30 tahun.

Apabila ketiga-tiga mereka bersara pada usia 55 tahun, Kamal mempunyai lebih wang berbanding Yazid dan Anuar. Dia mempunyai RM467,913 manakala Yazid RM449,773 dan Anuar RM360,300 masing masing.

Kamal bukan saja mempunyai lebih banyak wang pada usia 55, malah dia juga telah melabur dengan jumlah yang paling sedikit, iaitu RM15,000 berbanding Yazid yang melabur RM24,000 dan Zainal RM75,000.

Rahsia Emas Terbongkar

[seterusnya...]

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Produk Baru Public Gold – Pulic i-Jewellery

by azhar on September 3, 2011

Produk Baru Public i-Jewellery

Public Jewellery telah melancarkan produk baru yang dinamakan i-Jewellery (Islamic Jewellery) yang ketulenannya dijamin pada kadar 22k (916.0) pada harga semasa yang lebih rendah dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Produk ini boleh didapati dengan berat 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk ini mengutamakan pengekalan ketulenan kandungan emas 22k nya, Justeru reka bentuknya tidak serumit seperti Public Jewellery yang biasa dan ianya lebih sesuai untuk pajakan di Ar-Rahnu.

Selain itu, spread atau beza harga Jual dan Beli nya juga diturunkan kepada hanya 10% sahaja dan untuk maklumat harga semasa boleh dilihat seperti yang dipaparkan di bahagian kiri blog ini di bawah harga Gold Bar.

Sesiapa yang nak menyandarkan wang nya kepada emas dan mahu membuat pajakan Ar-Rahnu, jom beli sekarang sebelum harga emas naik lebih tinggi!

Rahsia Emas Terbongkar


[seterusnya...]

Jadilah orang pertama komen artikel ini!

Anda boleh memulakan perniagaan di Internet dengan mengikuti empat langkah.

Langkah pertama adalah mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin diniagakan di Internet. Apa jua produk dan perkhidmatan, pastikan terdapatnya permintaan sedia ada di Internet.

Langkah kedua adalah menyediakan laman web untuk perniagaan anda. Anda sebenarnya tidak perlu memiliki ijazah ataupun komputer yang canggih untuk menyediakan laman web.

Langkah ketiga adalah menyediakan sistem pembayaran Internet untuk membolehkan pelanggan membuat bayaran kepada anda. Sistem pembayaran yang selamat dan berkesan akan memastikan aliran pembayaran yang sistematik daripada pelanggan kepada anda. Anda tidak perlu melabur sejumlah wang yang besar untuk membolehkan anda menerima bayaran melalui Internet.

Langkah yang terakhir dan yang keempat adalah mempromosikan perniagaan anda. Langkah ini adalah yang terpenting untuk memastikan kejayaan perniagaan Internet anda !

Pendapat anda ?

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Rahsia Emas Terbongkar

Related Posts with Thumbnails

Jadilah orang pertama komen artikel ini!