Matlamat kewangan anda akan membantu menentukan dari mana punca pendapatan anda dan untuk apa ia akan dibelanjakan.
Semasa menetapkan matlamat kewangan, sila pertimbangkan apa yang menjadi nilai dan kepercayaan dalam hidup anda. Adalah sukar untuk menetapkan matlamat kewangan yang memenuhi kehendak anda tanpa mengetahui apa yang betul-betul penting buat diri anda. Dengan memahami nilai dan kepercayaan anda, barulah mudah untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai.
Tulis matlamat kewangan anda. Tidaklah memadai dengan hanya mempunyai matlamat tersebut dalam fikiran sahaja. Kemungkinan besar anda terlupa atau secara tidak sedar mengubahnya. Dengan menulis matlamat kewangan tersebut, anda boleh meningkatkan peluang untuk mencapainya.
Apabila menulis matlamat tersebut, jadikannya seberapa khusus yang boleh. Apa gunanya menulis “Matlamat saya adalah untuk mempunyai banyak wang di bank”. Apakah yang dimaksudkan dengan “banyak wang” ? Adakah jumlah itu RM10,000 atau RM100,000 atau RM1,000,000 ? Buatlah matlamat yang khusus dan tulis matlamat dalam jangka masa yang boleh diukur. Himpunkan matlamat anda kepada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Pendapat anda ?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda !







![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/sp_en_6.gif)
Kawal Kewangan Anda, Biar Wang Menghasilkan Pulangan dan Nikmatilah Hidup yang Lebih Bahagia. Uruskan wang anda dengan bijak iaitu cara terbaik menggunakan wang anda, cara mendapatkan pulangan tertinggi daripada wang anda serta membina sebuah kubu pertahanan kewangan yang kukuh.
Bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan RM1,000,000 tidak lagi mustahil ! Tip perniagaan untuk mereka yang memiliki perniagaan sendiri atau merancang untuk memulakan perniagaan. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, mulakan perniagaan anda hari ini !
Tip kejayaan bagi mereka yang ingin membuka kunci potensi diri untuk mencapai kejayaan diri, kewangan dan perniagaan! Mulakan langkah anda untuk mencapai kejayaan diri, kawal kewangan anda dan mulakan perniagaan anda !
Azhar Mokhtar, http://www.azharmokhtar.com
Azhar Mokhtar, Pejabat Public Gold
Azhar Mokhtar, Public Gold Cawangan Sunway
Azhar Mokhtar, MITC Melaka