Kewangan Anda : Kuasa Faedah Kompaun

by azhar on September 6, 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi satu teknik kewangan iaitu Kuasa Faedah Kompaun. Berapa pentingkah untuk menyimpan wang bagi tabungan sekarang, jika dibandingkan pada hari kemudian ?

Sebagai contoh, jika Kamal, Yazid dan Anuar. Setiap daripada mereka melabur jumlah wang yang sama secara konsisten, iaitu RM 3,000, dengan pulangan yang sama sebanyak 10% setiap tahun. Bagaimanapun, mereka memulakan pelaburan pada usia yang berbeza-beza. Kamal pada usia 18 tahun, Siti pada usia 22 tahun sementara Zainal pada usia 30 tahun.

Apabila ketiga-tiga mereka bersara pada usia 55 tahun, Kamal mempunyai lebih wang berbanding Yazid dan Anuar. Dia mempunyai RM467,913 manakala Yazid RM449,773 dan Anuar RM360,300 masing masing.

Kamal bukan saja mempunyai lebih banyak wang pada usia 55, malah dia juga telah melabur dengan jumlah yang paling sedikit, iaitu RM15,000 berbanding Yazid yang melabur RM24,000 dan Zainal RM75,000.

Rahsia Emas Terbongkar

Hasil contoh di atas berpunca daripada faedah kompaun, iaitu faedah tambahan yang diperoleh atas jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah yang diterima.

Kuasa faedah kompaun menunjukkan bahawa jika anda menabung lebih awal maka lebih tinggi faedah terkumpul yang diperoleh dalam pelaburan asal anda. Secara ringkas, lebih banyak wang disimpan sekarang, lebih cepat bagi anda memenuhi impian anda. Jadi, bilakah masa terbaik untuk memulakan simpanan ? Pastinya sekarang juga !

Tahukah anda bahawa jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun, hebat bukan !

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun).

Bayangkan jika anda mula menyimpan emas daripada sekarang, berapakah jumlah simpanan emas anda bila anda berusia 55 tahun nanti dengan kuasa faedah kompaun sebanyak 27% setahun. Fikir-fikirkan dan buat keputusan anda hari ini !

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan Emas Public Gold dan teknik hebat ini atau ingin membeli Emas di sekitar KUALA LUMPUR, SELANGOR, MELAKA, NEGERI SEMBILAN & JOHOR , sila hubungi saya di :

AZHAR MOHD MOKHTAR
( Authorised Dealer – Dealer ID : PG0893 )
H/P : 016 6368585 / 013 3856868
E-mail : info@azharmokhtar.com

“Mencapai Kebebasan Kewangan Dengan Emas”

Pendapat anda ?

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments… read them below or add one }

hanafi bin mahmood February 28, 2012 at 11:15 pm

aslmkm.saudara saya nak melabur dlm emas dgn modal kewangan saya yg sangat kecil dan meruncing…baki $ saya dalam bank cuma RM 3 ribu …mohon tunjuk ajarnya agar saya terlepas dari beban hutang dan masa depan yg agak suram…utk pengetahuan saudara saya bekerja di brunei dgn gaji yg kecil di tambah lagi tidak ada kwsp harap saudara dapat membimbing saya…wasalam

Reply

azhar March 4, 2012 at 5:27 pm

Assalammualaikum tuan,

Terima kasih kerana berminat dengan pelaburan emas Public Gold.

Saya lebih menasihatkan tuan supaya dapat membuat perancangan kewangan tunai tuan dengan lebih baik sebelum melabur di emas kerana emas merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Tuan boleh sms ataupun hubungi saya di 013-3856868 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan emas Public Gold.

Sekian, terima kasih.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: