Bekalan dan permintaan emas fizikal seluruh dunia

by azhar on February 24, 2012

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca,

Terima kasih masih setia membaca blog saya ini. Hari ini saya terus berkongsi ilmu dengan pembaca semua mengenai faktor-faktor yang akan menyebabkan ribut emas yang akan melanda.

Bekalan dan perminataan emas fizikal seluruh dunia

Permintaan terhadap emas yang baru digali sudah melebihi bekalan secara konsisten dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Sila lihat carta diatas.

Situasi ini hanya akan berterusan, dan malah mungkin akan menjadi bertambah besar di masa hadapan.

Pertama, permintaan terhadap emas meningkat berikutan pelaburan baru yang diperkenalkan seperti ETF dan peningkatan permintaan di Asia, terutamanya oleh negara India dan China. Apabila kita pertimbangkan bahawa rakyat negara China adalah penyimpan wang terbesar di dunia (mereka menyimpan 40 peratus daripada pendapatan mereka), peningkatan pendapatan serta pasaran saham dan hartanah yang goyah di negara tersebut, maka prospek emas nampaknya lebih baik sekiranya pelabur-pelabur China memutuskan untuk memiliki lebih emas.

Selanjutnya, bank-bank pusat utama di dunia sudah menjual emas mereka secara konsisten sejak beberapa tahun lalu. Jualan ini membentuk 14 peratus bekalan sepanjang lima tahun lalu. Namun satu perkembangan yang mengejutkan berlaku baru-baru ini, kouta jualan tahunan sebanyak 500 tan yang dipersetujui dalam Perjanjian Emas Washington tidak dapat dipenuhi sejak tiga tahun lalu. Bahkan, jualan Bank Pusat berjumlah cuma sebanyak 246 tan pada tahun 2008. Mungkin ini disebabkan kerisauan oleh bank-bank pusat akan kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat atau mungkin mereka sendiri telah kekurangan emas. Walau apa pun alasannya, mereka tidak menjual emas sebanyak itu sebelum ini. Bahkan, beberapa bank pusat seperti di India, China, Rusia dan Sri Lanka sebenarnya telah membeli emas baru-baru ini.

Sungguhpun dengan segala aktiviti ini, bekalan emas kekal statik. Pertamanya, bekalan emas yang baru ditemui secara keseluruhannya telah menurun sejak tahun 2001. Bahkan, pengeluarannya di Afrika Selatan, yang satu ketika dahulu menjadi pengeluar emas terbesar di dunia, telah berkurangan sejak tiga dekad yang lalu ! Hinggakan dengan peningkatan bekalan dari China dan Amerika Latin masih tidak dapat memenuhi kekurangan itu.

Seterusnya, kos untuk menggali dan memproses emas telah meningkat sejak beberapa tahun lalu. Purata kos untuk menggali emas pada masa kini ialah $500 setiap auns, hampir dua kali ganda kos pada tahun 2000. Situasi ini dirumitkan lagi dengan kesusahan mencari emas baru. Emas yang mudah didapati semuanya telah ditemui, meninggalkan hanya emas yang sukar didapati. Ini bermaksud kos yang lebih tinggi, juga bermaksud, harga yang lebih tinggi.

Rahsia Emas Terbongkar

Pesanan saya:

1. Jika anda berminat mengetahui rahsia Perniagaan Emas Public Gold. Dapatkan ebook saya yang bertajuk “Rahsia Pelaburan Emas” secara PERCUMA ! Anda akan didedahkan dengan pelaburan emas yang betul, jenis-jenis emas yang betul serta teknik-teknik membuat keuntungan dengan emas. Jadi anda boleh jimatkan banyak masa dan cepat faham (klik sini)

2. Jika anda merupakan pembaca baru, anda boleh baca semua artikel terdahulu mengenai emas disini (klik sini)

3. Kongsikan ilmu emas ini dengan rakan-rakan anda. Jika anda rasa artikel dan blog ini bagus, klik icon Facebook recommend di bawah sana. Terima kasih banyak-banyak.

4. Ada komen, pendapat ? Sila letakkannya di ruangan komen. Terima kasih.

Ok, selamat menyimpan emas !

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Related Posts with Thumbnails

Leave a Comment

Previous post:

Next post: