Motivasi : Tuliskan Matlamat Anda Dengan Jelas….Jangan Tak Tulis !

by azhar on September 30, 2011

Tahukah anda, di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran adan dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar, ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.

Rahsia Emas Terbongkar

Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja (inilah angan-angan Mat Jenin masa kini). Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh.

Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya ! Samalah dengan tujuan matlamat anda….Anda ingin menggenggamnya !

Seperti anda semua, saya juga mempunyai matlamat hidup dan diantaranya matlamat hidup saya dari segi pelaburan, kewangan & perniagaan adalah :

  1. Kebebasan Kewangan (duit mengalir macam air masuk ke dalam akaun anda hasil aliran tunai yang positif hasil sewa rumah + perniagaan emas + perniagaan networking secara online & offline)
  2. Simpanan emas 1 kilo pada setiap tahun
  3. Rangkaian perniagaan (networking) yang berkembang maju dan bercita-cita mempunyai syarikat networking sendiri (produk)
  4. Simpanan wang fiat/tunai dalam bank sebanyak RM 1 juta
  5. Simpanan / Koleksi Hartanah 5-20 biji.yang terdiri dari pelbagai jenis (Condo, Semi D, Banglo, Teres, Flat, Apartment, Rumah Kedai)
  6. Simpanan ASB 200K
  7. Perlindungan insurans RM 1 juta
  8. Memberi khidmat kepada masyarakat dan menerima hormat, kuasa dan berbakti pada masyarakat
  9. Dapat membantu Ibu Bapa, Keluarga, Adik-Beradik, Masyarakat & Negara
  10. Dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang sempurna sehingga akhir hayat
  11. Mendapat rezeki yang diberkati  oleh Allah S.W.T dan menjadi JUTAWAN di dunia dan di akhirat….amin.

Semoga kita semua akan mencapai matlamat dalam hidup kita. Mulakan menulis matlamat anda dengan jelas hari ini !

Pendapat anda ?

Kongsikan artikel ini di Facebook anda !

Related Posts with Thumbnails

Leave a Comment

Previous post:

Next post: