Penulis

Nama saya Azhar Mohd Mokhtar, berasal daripada Kluang, Johor dan kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Berusia 33 tahun dan berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2005 sehingga sekarang secara sepenuh masa.
Menjadi jutawan adalah impian setiap kita yang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki dari titik peluh yang halal. Bagaimanapun, berapa ramai antara kita berjaya mencapai impian itu walaupun telah mencurahkan keringat dari awal pagi hingga lewat tengah malam.
Sebelum ini, situasi yang sama juga dihadapi Azhar Mohd Mokhtar, yang meninggalkan perniagaan konvensionalnya untuk menceburi bidang internet marketing dan online business. Dia juga pernah jatuh dalam perniagaan konvesionalnya pada tahun 2005, tetapi kini dalam perjalan merintis menjadi jutawan internet, hasil penyertaan dalam bidang internet marketing dan online business.
Dilahirkan di Kluang, Johor, Azhar mendirikan rumahtangga dengan Norirdawaty Rosli pada 2003. Mereka dikurniakan satu cahaya mata.
Kerjayanya bermula apabila mendapat pendidikan di Insitut Teknologi Mara, Segamat dari tahun 1996 hingga 1999 dalam bidang Diploma Perakaunan. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai pembantu akaun pada tahun 2000 di sebuah syarikat swasta di Kluang, Johor sehingga beliau memulakan perniagaannya hasil perkongsian pada tahun 2003. Isterinya yang mendapat pendidikan Ijazah Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara Shah Alam telah bertugas sebagai Pegawai Akaun di KWSP sehingga kini.
Saya menceburi bidang internet marketing dan online business kerana inginkan pendapatan yang lumayan, kebebasan kewangan, kebebasan masa dan lebih penting perubahan dalam hidup. Bagaimanapun, sebelum bersama dunia internet ini, saya telah menyertai berbagai-bagai perniagaan dari tahun 2003 hingga 2005.
Sepanjang tempoh itu terlalu banyak cabaran yang saya tempuhi. Jatuh bangun dalam perniagaan sehinggalah saya pernah disenaraihitamkan oleh pihak institusi kewangan pada 2005 hasil daripada kegagalan perniagaan saya yang pertama.
Matlamat beliau adalah bergelar JUTAWAN INTERNET sebaris dengan mentor beliau iaitu Dr. Irfan Khairi. Semoga perjalanan beliau bergelar jutawan akan sentiasa mendapat keberkatan Ilahi, sesuai dengan falsafah hidup beliau, Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal sepanjang bergelar usahawan internet di Malaysia.
Azhar Mohd Mokhtar
Facebook: Azhar Mohd Mokhtar
Blog: www.azharmokhtar.com
Tel: 013-3856868 / 016-6368585
Email: info@azharmokhtar.com






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/sp_en_6.gif)


Kawal Kewangan Anda, Biar Wang Menghasilkan Pulangan dan Nikmatilah Hidup yang Lebih Bahagia. Uruskan wang anda dengan bijak iaitu cara terbaik menggunakan wang anda, cara mendapatkan pulangan tertinggi daripada wang anda serta membina sebuah kubu pertahanan kewangan yang kukuh.
Bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan RM1,000,000 tidak lagi mustahil ! Tip perniagaan untuk mereka yang memiliki perniagaan sendiri atau merancang untuk memulakan perniagaan. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, mulakan perniagaan anda hari ini !
Tip kejayaan bagi mereka yang ingin membuka kunci potensi diri untuk mencapai kejayaan diri, kewangan dan perniagaan! Mulakan langkah anda untuk mencapai kejayaan diri, kawal kewangan anda dan mulakan perniagaan anda !
Azhar Mokhtar, http://www.azharmokhtar.com
Azhar Mokhtar, Pejabat Public Gold
Azhar Mokhtar, Public Gold Cawangan Sunway
Azhar Mokhtar, MITC Melaka
{ 5 comments… read them below or add one }
saye nak jadi jutawan
Assalamualaikum Sajali,
Boleh, insyaallah. Semoga kita sama-sama menjadi jutawan di dunia dan akhirat. Amin…
Terima kasih.
saya pon berminat sgt2.. tapi tak tahu jalan mna n cara mna nk mulakan….:(
Hubungi saya di talian 013-3856868 untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
kuncinya…
1. Tetapkan matlmat
2. Berfikiran positif
3. Cepat bertindak
4. Semangat berkobar-kobar
5. Berguru dari jutawan
klik :-www.rahsiahebatkomunikasi.blogspot.com